Sunday, January 14, 2018

Luahan RASA dari pewagai-pegawai skim F kerajaan .



Mohon kekalkan Skim F dalam kerajaan. Tidak mahu diswastakan atau dikorporatkan. (3)
Rasionalisasi penswastaan skim F. Adakah boleh membantu dalam mengisi kekosongan skim F di agensi/jabatan/kementerian? Adakah boleh mengurangkan beban kerja yang sedia ada? (2)
Tidak perlu diswastakan.cukup sekadar tambah baik skill pegawai2 yang sedia ada..sediakan kursus yang berkaitan (2)
Skop kerja yang x selari dengan gred teknologi maklumat (2)
Pertukaran (2)
Juruteknik disekolah dilayan seperti kerani & pembantu operasi sehingga tiada masa untuk membuat kerja2 hakiki. (2)
test
Kemajuan kerjaya
Setiap agensi yang mempunyai unit ict perlu ada organisasi yang lengkap. Sekiranya agensi itu besar, perlu ada sekurang kurangnya gred F48 utk membuat keputusan yang melibatkan skop ICT dan pengagihan tugas. Sekiranya agensi kecil, seperti daerah, paling kurang pun F32/29 yang di beri tugas yang sama seperti di atas. Ini lebih nampak teraturnya perjawatan F ini di setiap agensi.
xnak diswastakan. tambahbaik yg mane ade. ambik pengambilan baru. isi mane yg kosong. percepatkan proses naik pangkat
Percepatkan proses naik pangkat
kenapa kerajaan pilih saya jadi pegawai teknologi maklumat?
Skop kerja yang caca marba, kerja bukan ict pun terpaksa buat
tingkatkan skill dan kemahiran dikalangan ptm,pptm & jt... cth... adakan certified awarness dll
Sistem pertukaran tidak sistematik
Sekolah Angkat
Kelayakan pendidikan FT. Ramai ft sekarang mempunyai degree dlm bidang IT. Ada mekanisme atau cara untuk ft yang berkelayakan degree untuk naik pangkat, naik gred atau apa-apa yang membolehkan nasib FT tersebut dijaga selepas tamat pengajian nanti...
Isu claim TnT bagi Gred FT 19 tiada kesudahan bersama checker PT 19.Checker Claim TnT sampai 2 orang PT..Checker rujuk 100% guna aplikasi Google Maps.Mohon pertimbangkan kenaikan kadar claim(update) pada masa kini mengikut gred masing-masing.
Penswastaan Skim F
Pemusatan jawatan
Perlu ada Jabatan ICT di peringkat Negeri seperti Jabatan Pelajaran, JKR dan yang sewaktu dengan nya. tq..
Perjawatan..Kenapa juruteknik komputer sering dianak tirikan terutama juruteknik yang berada di sekolah.
Kami tak hingin diswastakan. Dasar kerajan digital boleh dijalankan oleh jabatan IT
mahu kekal dalam skim kerajaan. percepatkan proses kenaikan pangkat, pertukaran dan pengisian kekosongan yang ada
Mohon tidak diswastakan Skim F.Entah mengapa SKim F asyik di anaktirikan..sedangkan Skim F la yang paling multitasking..dari kerja pentadbiran..pembangunan.. kerja- kerja IT jangan cakap la..Walaupon x pandai tp skim F tetap berusaha untuk lakukan yang terbaik walaupon bukan bidang tugas. Mungkin pihak atasan berpandangan x perlu pon skim F sebab kerja2 IT ni skim lain pon boleh buat..TIDAK BENAR sekali..bila anda pandang kebawah baru anda akan tahu..Kalau setakat guna Microsoft office, jadi jurufoto bukan bermakna skim lain pon boleh buat kerja IT.. IT sangat luas..sehingga kami di Skim F pon tidak terkejar..macam mana nak kejar..nak jadi fotographer lagi..nak check telefon lagi..Kerja2 IT semua harung..yang duduk di Jabatan Besar mungkin skop kerja kecil..bila duduk di Jabatan Kecil Skop Kerja IT semua dipikul oleh seorang F..di tambah lagi dengan kerja- kerja Admin dan Pembangunan..Kalau kata nak diswastakan kemana hala tuju kami skim F yang bukan seribu orang..adakah nanti akan ada yang dibehentikan kerja..Mohon pihak atasan pertimbangkan setelusnya.Saya langsung tidak setuju kepada cadangan korupsi ini.
Jawatan FA29 KUP,Penempatan FA 29 KUP,FAIL MEJA
Kenapa perlu penswastaan skim F
Gaji ciput
8 year time based perlu dikurangkan ke 6 tahun
1. Di Kementerian Pendidikan Malaysia skim F di sekolah dipantau oleh unit sektor ict PPD. Di harap pegawai yang memantau untuk skim F disekolah harusnya dari Skim F bukannya dari Skim DG.
Isu hala tuju kerjaya dan kenaikan pangkat yg tidak jelas
Skim yang terabai, kenaikan pangkat agak malap,lambat
Perluasan Bidang Perjawatan, Ketua Perkhidmatan Skim F dan Penubuhan Jabatan ICT Negara Perkembangan ICT yang begitu pesat sejak sekian lama menjadikan cabaran pentadbiran dan pengurusan pada hari ini dan akan datang akan lebih mencabar. Trend ini tidak dapat dielakkan tetapi boleh ditangani dengan mewujudkan dan melaksanakan beberapa faktor awal seperti berikut: 1.Penubuhan Jabatan ICT Negara ini sangat penting dan telah dipraktiskan oleh negara maju. Dengan terbentuknya Jabatan ini dapat melaksanakan agenda kerajaan dengan lebih effisien dan berstruktur, kemahiran skim F akan lebih terasah dan konsisten. 2. Ketua Perkhidmatan Gred F juga perlu agar pengurusan gerak kerja lebih spesifik dan menguntungkan pihak kerajaan. 3. Perluaskan bidang skim F kerana bidang ICT ini telah menjangkau semua bidang perkhidmatan yang lain. Contoh bahagian yang melaksanakan dasar dan polisi yang berkaitan juga dikalangan skim F.
Bila semua sudah dikumpulkan dalam satu kawasan, senang la nak buat kursus untuk skim f semasa kelapangan.jadi kelapangan masa bekerja sementara menunggu laporan kerosakan komputer boleh di isi dengan kursus selama sejam atau 2 jam.
Terlalu byk sistem yg dibangunkan dlm satu2 kementerian tidak selaras dan memenuhi kehendak user tetapi mengikut kepala program
sy dan beberapa rakan2 telah memangku gred f44 sejak jun 2016 namun sehingga kini masih belum disahkan jawatan gred hakiki f44. kami dah setahun lebih memangku. semua urusan dokumentasi telah lama dihantar namun masih tiada tindaka atau maklumbalas berkenaan perkara ini. mohon maklumbalas yg sewajarnya. tk
Bebanan kerja
Berhubung dengan DKM atau Diploma Kemahiran Malaysia, agar diiktiraf seperti SKM juga.
Penswastaan Skim F adalah tidak dipersetujui oleh kami kerana pemusatan Skim F mampu menjimatkan kos kerajaan daripada mengalami ketirisan wang. Kerajaan lebih memilih outsource dan menggunakan vendor dalam menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan rangkaian, pangkalan data, pembangunan sistem dan sebagainya. Kepakaran tenaga kerja skim F tidak dihargai dan dianggap kurang penting sedangkan kepakaran kami untuk membangun, mengurus dan mengawalselia hal-hal yang berkaitan sistem, pangkalan data , rangkaian komputer dan sebagainya juga setanding vendor malah lebih baik dan selamat jika diberi peluang untuk menggilap kemahiran dan kepakaran kami.
1. Isu sekolah angkat di negeri PERAK Isu ini pernah diketengahkan oleh juruteknik2 komputer dari negeri Perak ke Unit ict jpn negeri perak.Persoalannya adakah program ini relevan untuk dijadikan tugasan/kerja tambahan kepada juruteknik. Program ini dilihat tidak mengikuti tatacara kerja PERINTAH AM Malangnya program sekolah angkat ini masih diteruskan. Untuk pengetahuan pihak tuan program ini merupakan hasil atau idea seorang pegawai ict ppd yang membuat penanda aras ke negeri Johor. Perkara ini dilihat memberi bebanan dan tambahan tugas kepada juruteknik2 komputer di Perak. Ini kerana Juruteknik terpaksa melakukan 2 tugas yang sama di tempat asal dan di sekolah angkat. Markah penilaian skt juga menjadi isu apabila PPP diwajibkan mengambil pandangan penilaian dari GB/Pengetua sekolah angkat.Isu keselamatan juga pernah disuarakan. Adakah jika berlaku kemalangan ketika ke sekolah angÄ·at pihak terbabit akan bertanggungjawab. Isu TNT juga menjadi tanda tanya. Adakah juruteknik komputer layak mendapat atau membuat tuntutan.
Perlu dimantapkan lagi skim F, tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada vendor. Skill, pengetahuan perlu sentiasa dikemaskini dan ditambahbaik. Skill ramai yang sudah hilang. Skim F kena buat kewangan, kena buat pentadbiran, bila masa nak tumpu programming, networking dan sebagainya. Isu kebajikan, pertukaran dan kenaikan pangkat perlu dilihat serta dikaji semula.
Time based bg Pegawai P&P
Kenaikan pangkat PTM yang tidak setanding dengan lain-lain skim kerajaan
Mohon pertimbangkan jawatan pptm yang berkelulusan ijazah untuk dinaikkan pangkat tanpa temuduga ke jawatan ptm seperti mana juruteknik yang ada diploma terus dinaikkan ke jawatan ptm tanpa temuduga.
Mohon pertimbangkan jawatan pptm yang berkelulusan ijazah untuk dinaikkan pangkat tanpa temuduga ke jawatan ptm seperti mana juruteknik yang ada diploma terus dinaikkan ke jawatan pptm tanpa temuduga.
Nak elaun kritikal macam J
Kenaikan pangkat PTM yang tidak setanding dengan lain-lain skim kerajaan. Malahan Skim F adalah jawatan yg kritikal dari aspek teknikal dan skim F juga terlibat dengan tapisan keselamatan halus.
Kenaikan pangkat terlalu lama (sehingga menunggu KUP). Sebaiknya 6/7 tahun boleh naik.
1.tiada post hakiki di jabatan 2.hanya seorang skim F di jabatan saya.dialah teknikal,dialah buat networking,dialah jurugambar,dialah editor berita jabatan,dialah yg perlu menjaga beratus ratus komputer di jabatan yg melibatkan beratus ratus premis,dan pelbagai lagi kerja² yg bukan melibatkan ict.sebaiknya diujudkan satu unit ict dijabatan persekutuan di negeri bukannya seorang. 3.skim F langsung tidak 'dipandang' seperti skim² lain di jabatan walaupun sama gred.
Kenaikan pangkat/pemangkuan/elaun kritikal/tiada peruntukan untuk aset/repair/tools/staff teknikal xcukup dgn workload/byk keje management dr technical ikut ketua jbtn
Kenaikan pangkat untuk semua gred ft19
Semua skim F di pusatkan di 1 daerah masing2 seperti di PKG
Seperti yang kita sedia maklum, ICT adalah tunjang belakanh bagi mana-mana organisasi besar atau kecil di dalam duni ini. Tanpa ICT, pasti aktiviti harian organisasi akan terencat dan lumpuh. Begitu juga dengan sektor awam, unit ICT adalah satu unit yang sangat pentinh bagi keseluruhan sektor awam. Namun begitu, layanan yang diberikan kepada pegawai ICT sangat mendukacitakan jika dibandingkan dengan skim yang lain, terutamanya kenaikan pangkat secara time-based,dari 41 ke 44 adalah selama 8 tahun. Mohon dibuat semakan semuka terhadap isu ini.
Tiap-tiap tahun ada latihan khusus khas untuk semua skim F.
Hpg
HPG
benarkah gred f akan di swastakan?
Tiada peruntukkan yang mencukupi menggantikan perkakasan usang/rosak
Terpaksa buat kerja-kerja sambung ext plug bg menbolehkan komputer dan printer berfungsi.
Kenaikan pangkat skim F kenapa tidak sama dengan skim M.sedangkan skim F jugak gunasama mcm Skim M.tidak adil rasanya untuk skim F
Berada di institut, kerja dokumentasi/fail/dll pun perlu buat selain panjat pasang CAT5e, pasang PC/Printer dll. 5 FT kena jaga 2000 perkakasan ICT belum lagi masuk perkakasan rangkaian dan cabling. Perjawatan tidak cukup. Buat kerja waktu malam pun tiada OT.
Banyak sistem dalaman dibangunkan menggunakan opensource. Tetapi staf tidak dapat peruntukkan untuk belajar / menghadiri kursus.
Tiada peruntukkan untuk peranti pintar. Terpaksa menggunakan peranti pintar sendiri (Smartphone) dan juga data sendiri untuk tujuan rasmi kerajaan. Diarahkan untuk standby walaupun waktu rehat atau cuti awam.
Pelarasan gaji bagi yg ada pengalaman swasta Dan kenaikan gred
Pengswastaan, pengjumudan dan kenaikan pangkat skim F
Penjawatan- Kenaikan pangkat
Adakah benar isu berkenaan skim F bakal diswastakan?bagaimana nasib kami terutamanya golongan bawahan?
Apakah kemudahan kesihatan selepas diswastakan? Apakah kemudahan elaun selepsa diswastakan? Pencen atau KWSP? Harap KSN boleh memberikan perbandingan secara side by side sebelum dan setelah diswastakan.
Semakan semula pada mana yang tercicir ft19 ke fa29 dgn kelulusan Diploma & Sijil yang setara. Ketidakadilan pada yg berkelulusan tersebut hanya kerana nama yang tertulis pada sijil tiada (komputer) sedangkan modul pembelajaran setara.
Mohon kerajaan pertimbangkan lantikan ke FA29 bagi kelulusan diploma FT dlm bidang kejuruteraan sedangkan ada dalam kursus kami bidang IT seperti programming C, Digital Logic, pemprosesan mikro..Tambahan pula kami sudah berkhidmat sebagai FT selama 10 tahun dan lebih sudah cukup memantapkan kemahiran kami bertugas sebagai FA29..sekiranya ada kekurangan dari kemahiran pengaturcaraan terutamanya..kerajaan boleh menghantar kami kursus pengaturcaraan di INTAN sebelum diserapkan ke skim FA29.
Tubuhkan Jabatan ICT di setiap Negeri. Semua gred F ditempatkan di dalam satu jabatan. Pegawai dapat fokus pada skop kerja.
skim sendiri tak jaga org sendiri
Permohonan PPTM PSH untuk diserap tetap dan dibahagikan tugas mengikut Zon.
Isu berkaitan Kenaikan pangkat slim F... Dan kerja F di agensi... banyak agensi yang tak nampak akan kewujudan F.. bila berlaku problem br nk Cari tp selalunya F ni akan di anak tirikan. Contoh berkaitan kursus.. bagi F yang stay di agensi yang bukan core business IT.. selalunya tiada kursus yang fokus it diberikan kepada Kami... kalau Kami minta untuk kursus luar(swasta) memang xdpt atas alasan mahal.. bila minta kursus kat intan pun susah nk dpt sbb ramai yang apply...
Wujudkan semula kpsl bagi kumpulan pelaksana bagi gred f29/f32/38. Jika tiada degree, pengalaman perlu diutamakan. Kenaikan pangkat perlu diselaraskan sebagaimana skim lain. Contohnya gred U dan J
Wujudkan gred baru f40/f42/f43 sebagaimana gred U dan N
penswastaan
sampai bila staff skim F masih kontrak walaupon jabatan tersebut memerlukan staff skim F?
Cth kes : Saya sudah berada dlm F32 hampir 16 tahun. Semua tugasan pernah dibuat termasuklah menjadi Pengurus Projek. Bila tgk kawan2 dari PTM(F41/44) lain berpeluang naik secara flexi, bilalah kumpulan pelaksana 1 terutamanya F32 mempunyai kaedah kenaikan yg sama dan adil utk menjadi F38,F40. Mohon renung-renungkan..
bagaiman dengan lantikan kontrak ?
Setuju skim f diswastakan demi kebaikan semua pihak.
Saya tak setuju dengan penswastaan skim F. Kalau setakat nak kerja swasta, baik dari dulu keje swasta tak payah masuk gomen sebab nak berkhidmat untuk negara dan rakyat. Kawan2 lain yang dah kerja swasta dari dulu dah level2 manager, kalau kita baru nak jadi swasta memang jauh ketinggalan la dari apa jua segi pun. Tak mendatangkan kebaikan langsung pada kakitangan skim F.
1. wujudkan jawatan hakiki bagi PPTM yang KUP di sekolah-sekolah. atau 2. mewujudkan jawatan FT/PPTM d semua sekolah rendah dan menengah agar beban guru ICT berkurangan dan dapat meningkatkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah terutama sekolah luar bandar. atau 3. Memusatkan perjawatan FT dan PPTM yang sedia ada di Pejabat Pendidikan Daerah PPD / Pusat Kegiatan Guru PKG bg FT dan PPTM yang berkhidmat dibawah KPM agar FT dan PPTM dapat digunakan perkhidmatannya secara berkumpulan ke seluruh sekolah-sekolah yang memohon bantuan perkhidmatan FT/PPTM. Ini bagi tujuan agar FT/PPTM yang bertugas di sekolah tidak terbeban oleh tugas-tugas perkeranian yang terpaksa digalas oleh FT/PPTM kerana ditugaskan oleh ketua jabatan.
Status perkembangan pemusatan F tidak diketahui oleh semua F. isu yg dibangkitkan tidak dapat disahkan kesahihannya. Oleh itu patut ada sesi seperti sebelum ini.
No isu..semua isu hanya akan tinggal isu
Pada pandangan saya, juruteknik perlu bergerak dan bekerja secara kumpulan. juruteknik yang berada di sekolah perlu dikumpulkan dan ditempatkan di sesebuah tempat atau lokasi seperti PKG sebagai tempat bertugas. Dan bergerak secara dalam kumpulan untuk melakukan tugasan-tugasan di sekolah didalam kelompok PKG tersebut. Jadi tiada isu juruteknik di sekolah tiada kerja atau melakukan kerja yang bukan skop tugas.
skop kerja
Ketua Skim Mesti dari Skim F
Kenaikan pangkat mengikut sistem time-based yang mengambil tempoh hampir 10 tahun tidak relevan
Besarkan kuota peluang melanjutkan pelajaran secara HLP supaya kakitangan tidak terbeban untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi
kemajuan kerjaya bagi di perluaskan @ elaun khas bagi yang berkemahiran
Jika diswastakan, atau dipusatkan satu tempat..susah bg mereka yg dah berfamily atau membeli rumah, mungkin akan disuruh pindah dan sebagainya.
Elaun khas mengikut kepakaran.
Saya dr sk bagan datoh, sudah 9 tahun saya bekerja disini, kenapa susah sangat saya nak pindah ke alor setar.. Sudah 9 tahun saya apply e-tukar bukan guru, alasan tidak dapat kerana tiada pengganti dan tiada kekosongan, padahal daerah yang saya mohon ada ja kosong.. Harap dapat selesaikan masalah perpindahan skim F
Pembahagian tugas yang tidak adil di sekolah dan tidak menyentuh tentang kerja Ft19
Tugasan Hakiki di sekolah.
Diploma kemahiran malaysia untuk gunapakai gred Fa29
Keperluan F terlalu banyak di agensi sedangkan postnya hanya seorang.
Masalah bekerja di sekolah
HAdiah Pergerakan Gaji (HPG)
Lain-lain (4)

DI KUMPUL MELALUI FORM DI BAWAH

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdLoN3uaIYoeUnZ_p1oHu-SWunKPT5WDiEv7vdgRmohnGMJfg/viewform

1 comment:

Luahan RASA dari pewagai-pegawai skim F kerajaan .

Mohon kekalkan Skim F dalam kerajaan. Tidak mahu diswastakan atau dikorporatkan. (3) Rasionalisasi penswastaan skim F. A...